Friday, 23 December 2016

Get it beauty

Semue wanita inginkan kecantikan dalaman dan luaran, di dalam blog ini saya akan kongsikan kecantikan semulajadi, nak tahu rahsianya???

1) Penjagaan dalam pemakanan
- Biasakan diri dengan makan sayuran contoh salad atau ulam2 yang ade khasiat semulajadi. Contoh: Anda mengambil makanan berat seperti makan ayam atau daging, anda boleh seimbangkan semula dengan memakan sayur salad dan minum air limau. Ia mampu seimbangkan berat badan kita sehari.

2) Penjagaan untuk memiliki kulit muka sentiasa sihat, lembap dan segar.

- Strawberi
* Ambil sedikit buah strawberi, hancurkan ia dan sapukan kepada permukaan muka dan leher. Antara permukaan muka yang perlu disapukan ialah dibahagian dahi, kedua belah pipi. Tunggu selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Ia boleh menjadikan kulit muka anda merah jambu semulajadi. Tak payah nak pakai BLUSHER untuk bagi pemerah pipi. Kalau boleh buat lah 3 kali setiap seminggu sebelum tidur.

- Pisang dan kulit pisang.
* Buah pisang dapat melicinkan kulit muka anda. Tak percaya??? Cubalah tips yang saya sharekan kepada anda ini.
Ambil sedikit buah pisang yang telah dilenyek kan, pastu anda gosokkan perlahan-lahan ke atas permukaan muka anda selama 3 minit. Tunggu selama 30 minit untuk hasil yang efektif. Selepas itu, bilas muka anda dengan air suam. Insyallah berhasil jika anda rajin membuat sebelum tidur. Saya sarankan buatlah seminggu 3 kali sebelum tidur.

* Kulit pisang jangan buang kerana ia dapat melicinkan kulit yang berkedut dan kusam. Ambil kulit pisang bahagian dalam, gosokkan perlahan-lahan dibahagian permukaan muka dan leher selama 3 minit dan tunggu selama 30 minit, selepas itu, bilas dengan air suam.

- kentang
* Kentang membantu untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan lebam pada bawah mata. Cara nya adalah ambil sedikit kentang yang telah dikupas. Gosokkan pada permukaan yang mengalami masalah bintik-bintik hitam selama 3 minit dan tunggu selama 30 minit dan bilas dengan air suam.

Mesti anda tertanya-tanya kan kenapa perlu bilas dengan suam????
KERANA air yang telah dimasak baik untuk pembersihan muka dan dapat melembapkan muka anda setiap hari. Tak adelah kulit kusam je setiap hari. Air biasa iaitu air paip, bukannya tak bagus, tapi saya sarankan klau betul-betul nak menjaga kecantikan dan kesihatan mestilah mencuci dengan air yang bersih. Jika anda tidak percaya cubalah tips yang saya kongsikan ini, insyallah kalau kita nak jaga kecantikan kerana allah mesti berjaya.

Selamat berjaya, semoga tips yang saya kongsikan dapat membantu wanita atau lelaki diluarsana.
#maaf jika tersalah kata di dalam blog ini#

No comments:

Post a Comment